i-Suri
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 22/10/2024

  • i-Suri ialah sebuah insentif oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi peluang kepada golongan suri rumah untuk mencarum di bawah i-Suri serta menerima insentif khas daripada Kerajaan. 
  • Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.
  • Had caruman minimum RM1.00 (tertakluk kepada saluran pembayaran) adalah 
  • Had maksimum adalah sehingga RM100,000 setahun (Had maksimum terkumpul bagi caruman sukarela (caruman pilihan sendiri, caruman i-saraan, caruman i-suri dan caruman penambahan simpanan akaun persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun)
  • Kaedah Pembayaran:
Aplikasi Mudah AlihPembayaran secara elektronik melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun
Perbankan Internet

Pembayaran secara elektronik melalui:

  • Alliance Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • BSN
  • CIMB Bank
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • MBSB
  • Public Bank 
  • RHB Bank
  • Ambank
Ejen Bank BerdaftarPembayaran secara elektronik tunai melalui bank Bank (EB) BSN
Kaunter Ejen Bank

Pembayaran secara tunai / cek di kaunter Ejen Bank:

  • BSN
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB (Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja)

 

Nota : Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan KWSP 6A (2)

 

Peringatan :

Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank:

  • Bayaran hendaklah dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang
Pejabat KWSP

Pembayaran secara tunai (maksimum RM500) / cek / draf bank / wang pos boleh dibuat di kaunter peresitan Pejabat KWSP berikut:

  • KWSP Shah Alam
  • KWSP  Kuala Lumpur
  • KWSP Ipoh
  • KWSP Seberang Jaya
  • KWSP Alor Star
  • KWSP Kangar
  • KWSP Johor Bahru
  • KWSP Muar
  • KWSP Melaka
  • KWSP Seremban
  • KWSP Kuantan
  • KWSP Kuala Terengganu
  • KWSP Kota Bharu
  • KWSP Kota Kinabalu
  • KWSP Kuching

 

Pembayaran secara Kad Debit disediakan di semua Pejabat KWSP

 

Nota : Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan / i-Suri KWSP 6A (2)

 

Peringatan :

KWSP tidak menggalakkan ahli membuat pembayaran secara tunai untuk jumlah yang besar di kaunter Pejabat KWSP. Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank: 

  • Bayaran hendaklah dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang
Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) 
  • Pembayaran secara elektronik melalui Kad Debit
  • Amaun bayaran caruman adalah tertakluk kepada had transaksi Kad Debit pembayar

 

Nota : Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan

Nota : Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Telipon

TELEFON

+603-8922-6000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda
Permohonan Dibuka
PERKESO - Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah sebuah skim perlindungan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi golongan suri rumah bertujuan untuk memberi perlindungan kepada suri rumah yang mengalami kemalangan, penyakit atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga sehingga menyebabkan hilang upaya kekal atau keilatan yang menjelaskan keupayaan suri rumah untuk menguruskan rumah tangganyaSKSSR juga bertujuan melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran, di mana penyakit atau keuzuran tersebut diperakukan keilatannya oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor RayuanPenyertaan adalah secara sukarela bagi mendapatkan perlidungan skim iniUntuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi SKSSR dan Risalah SKSSR 
Permohonan Dibuka
PERKESO - Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) adalah sebuah skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 bertujuan untuk memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.Sebagai permulaan, skim ini diwajibkan ke atas Sektor Pengangkutan Penumpang iaitu pemandu teksi, e-hailing dan bas di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 berkuat kuasa pada 1 Jun 2017.Mulai 1 Januari 2020, perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri telah diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti berikut: Pengangkutan Barangan dan MakananPertanianPenternakanPerhutananPerikananMakananPembuatanPembinaanPenjajaPremis PenginapanPerniagaan OnlineTeknologi MaklumatPemprosesan DataEjenPerkhidmatan ProfessionalPerkhidmatan SokonganKesenianPerkidmatan Isi RumahPenjagaan Perawat dan Pemulihan Kesihatan Untuk maklumat lanjut, sila layari  Laman Rasmi SKSPS atau rujuk Risalah SKSPS
Permohonan Dibuka
PERKESO - SPS Padanan Caruman
SPS Padanan Caruman adalah sebuah skim perlindungan sosial di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi Orang Bekerja Sendiri (OBS) di mana pencarum hanya perlu membayar sebanyak 20% sahaja daripada kadar caruman berjumlah RM232.80 di bawah Pelan Caruman 2 di mana baki 80% akan dibiayai oleh Kerajaan bertujuan untuk mendapatkan perlindungan untuk tempoh 12 bulan.Sila rujuk jadual di bawah untuk penerangan terperinci:  Pelan CarumanSumbangan Kerajaan 80%Caruman Orang Bekerja Sendiri (OBS) (20%)Pelan 2 (RM232.80) RM186.20 RM46.60 Permohonan boleh dibuat bermula 1 Mei 2023 dan kelulusan adalah tertakluk kepada keputusan PERKESO Antara faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan ialah:  Jenis FaedahPelan Caruman 2Faedah Perubatan Rawatan perubatan di klinik panel/hospital kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) 80% daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) 90% daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal Faedah Orang Tanggungan (FOT) RM1,395 sebulan sepanjang hayat tertakluk kepada kategori orang tanggungan Elaun Layanan Sentiasa (ELS) RM500 sebulan Faedah Pengurusan Mayat RM2,000 Faedah Pinjaman Pendidikan Faedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak OBS yang layak sekiranya OBS meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerim bayaran berkala Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional Bekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi dan lain-lain. Program “Return to work (RTW)” serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO  Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi SPS Padanan Caruman