Laman sesawang ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan maklumat kepada rakyat berhubung dengan pelbagai inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan. Kementerian Kewangan tidak memegang, mengawal atau mentadbir inisiatif-inisiatif yang dimuat naik ke laman sesawang ini. Maklumat yang terkandung dalam laman sesawang ini adalah sebagai maklumat umum sahaja. Kami akan berusaha untuk memastikan maklumat dikemaskini. Namun begitu, ia tidak terjumlah sebagai suatu representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk mengenai kesempurnaan, keselamatan, ketepatan, kesesuaian, kebolehpercayaan atau ketersediaan laman sesawang ini atau maklumat, produk, grafik, perkhidmatan, bantuan, inisiatif yang terkandung dalam mana-mana pautan laman sesawang di sini.
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan, termasuk kerugian atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung yang mungkin berbangkit atau sebarang kerugian atau kerosakan yang berbangkit akibat kehilangan data atau kehilangan keuntungan berkaitan dengan penggunaan laman sesawang ini.
Segala risiko berikutan kebergantungan kepada maklumat yang disediakan dalam laman sesawang ini adalah di bawah tanggungjawab pengguna sendiri.
Melalui laman sesawang ini, pengguna boleh melakukan capaian ke laman sesawang lain yang bukan di bawah kawalan kami. Kami tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas sifat, kandungan, keselamatan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian dan ketersediaan laman sesawang tersebut. Sebarang pautan yang dinyatakan dalam laman sesawang ini tidak sama sekali membawa maksud perakuan atau pengesahan kepada kandungan dan maklumat yang terkandung di dalamnya. Sebarang pendaftaran dan maklumat yang diberikan oleh Pengguna (termasuk Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) adalah atas risiko dan tanggungjawab mutlak pengguna tersebut.
Kami akan berusaha untuk memastikan laman sesawang ini beroperasi dan boleh diakses. Walaubagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab ke atas laman sesawang ini sekiranya ia tidak boleh dicapai buat sementara waktu atas sebab masalah teknikal atau apa-apa masalah lain yang berada di luar kawalan kami.
Kami berhak ke atas laman sesawang ini dan kandungannya. Sebarang pengeluaran atau pengedaran semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Pengguna tidak boleh mengedarkan atau mengeksploitasi kandungan dalam laman sesawang ini secara komersial atau menggunakan, menyalin, menghantar, memuat turun atau menyimpan sebarang kandungan, termasuk foto, grafik, peta, gambar rajah, logo, tanda, data dalam laman sesawang lain atau lain-lain bentuk sistem elektronik bagi tujuan memperoleh semula data atau maklumat yang disimpan.