Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM)
Tiada Permohonan Diperlukan

Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025

  • Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merupakan inisiatif di bawah Payung RAHMAH yang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi Belanjawan 2025, bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat serta merancakkan ekonomi sektor peruncitan setempat.
  • Program ini menawarkan penjimatan harga antara 10% hingga 30% ke atas pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan dan hasil laut, telur, gula, minyak masak, tepung, beras, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan penjagaan diri, pembersihan rumah, lampin pakai buang, keperluan sekolah, ubat-ubatan serta barangan makanan dan bukan makanan yang lain. 
  • PJRM dilaksanakan sepanjang tahun 2025 melibatkan pasar raya besar dan pasar raya di seluruh negara, khususnya di kawasan berpendapatan rendah dan merangkumi 222 kawasan Parlimen. 
  • Program ini turut diperluas melalui pendekatan Jualan Rahmah MADANI Mobile, menggunakan lori pikap, van dan kenderaan bergerak lain bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati hingga ke kampung-kampung dan kawasan pedalaman di seluruh pelosok negara.
  • Terdapat tiga (3) model pelaksanaan PJRM, antaranya:

    Model Pelaksanaan Di Dalam Premis
    • Model sedia ada oleh premis / pasaraya.
    • Menggunakan jenama dan logo Jualan RAHMAH MADANI. 
    • Pelaksanaan berdasarkan inisiatif premis / pasaraya sendiri. 
    • Kadar diskaun yang diberikan tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan antara Premis dan Kerajaan
    Model Pelaksanaan Di Kawasan Terbuka / Luar Premis
    • Salah satu pilihan model pelaksanaan tetapi bukan keutamaan. 
    • Hanya dilaksanakan berdasarkan keperluan tertentu / khas sahaja.
    • Meminimakan kos-kos berkaitan logistik, pengangkutan dan lain-lain yang berkaitan.
    Model Pelaksanaan Secara Bergerak
    • Secara bergerak dengan menggunakan lori / trak yang bersesuaian yang membawa barangan keperluan harian terpilih ke kawasan berkenaan. 
    • Dilaksanakan di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan premis peruncitan yang sesuai bagi melaksanakan Jualan RAHMAH MADANI.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan klik di sini

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
Telipon

TELEFON

03-8882-6323 / 6971 / 5790 / 6185 / 6487 / 5769

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda