Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025
Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak.
ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.
KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM) | UMUR |
RM250 | 6 tahun dan kebawah |
RM200 | 7 tahun hingga 18 tahun |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada anak / kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
iii. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
iv. Keluarga / penjaga dan anak / kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu / bapa mereka / penjaga / saudara-mara / lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
v. Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu / bapa bukan warganegara / diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu / bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
vi. Anak / kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) / Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK;
vii. Anak / kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK; ATAU
viii. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Nota: Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran dan perubahan kadar BKK adalah hanya berlaku semasa proses kaji semula
|
Borang permohonan / Borang Kaji Semula Bantuan:
i. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Permohonan JKM 18
ii. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20