Terakhir dikemas kini pada 10/06/2025
Caruman i-Suri akan diagihkan seperti berikut:
Jumlah Caruman | Akaun KWSP |
75% | Akaun Persaraan |
15% | Akaun Sejahtera |
10% | Akaun Fleksibel |
Faedah | Perkara |
---|---|
Insentif Khas |
|
Pelepasan Cukai |
|
Dividen Tahunan |
|
Bantuan Kematian |
|
*Nota: Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu. Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk laman rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Syarat Kelayakan:
i. Ahli KWSP;
ii. Warganegara Malaysia;
iii. Berumur bawah 55 tahun;
iv. Wanita yang berdaftar dengan eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya.
Ahli | Jumlah Caruman Terkumpul Tahun Semasa | Amaun Tahunan Insentif Khas |
Fatima | RM200 | RM100 |
Cindy | RM500 | RM250 |
Letchumy | RM800 | RM300 |
Tahun | Amaun Tahunan Insentif Khas |
2024 | RM300 |
2025 | RM300 |
Cara mendaftar i-Suri:
KWSP i-Akaun* |
|
Laman Web KWSP |
|
Self Service Terminal (SST)* |
|
Pejabat KWSP |
Nota: *Permohonan ahli akan didaftarkan di bawah i-Suri secara automatik sekiranya ahli tersenarai di dalam data terkini Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November tahun sebelumnya. |
Kaedah bayaran:
i. Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.
Aplikasi Mudah Alih |
|
Perbankan Internet |
|
Ejen Bank Berdaftar |
|
Kaunter Agen Bank |
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan / i-Suri KWSP 6A (2). Sila klik di sini untuk Borang KWSP 6A (2)
|
Self Service Terminal (SST) |
|
Pejabat KWSP |
Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan/ i-Suri KWSP 6A(2). Sila klik di sini untuk Borang KWSP 6A (2)
|
Pasukan Mobile KWSP/ Relationship & Advisory (RA) |
Nota: Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan. |
Had caruman:
i. Minimum RM1: Tertakluk kepada saluran pembayaran
ii. Maksimum: RM100,000 setahun: Had maksimum terkumpul bagi Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, Caruman i‑Saraan, Caruman i‑Suri dan Caruman Penambahan Simpanan Akaun Persaraan) melalui semua saluran bayaran adalah RM100,000 setahun.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk soalan lazim