Terakhir dikemas kini pada 14/01/2025
Bantuan Awal Persekolahan adalah sejenis bantuan tunai yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Belanjawan 2025 bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan.
Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid
Bantuan Awal Persekolahan bagi sesi 2024 / 2025 bermula pada 13 Januari 2025 untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4. Sesi 2025 / 2026 pula bermula pada 16 Februari 2025 untuk murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1, sementara agihan untuk murid Tingkatan 6 baharu bermula pada 1 Julai 2025.
Pengagihan BAP dibuat sama ada secara:
i. Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa / murid (sekolah menengah); atau
ii. Pengkreditan ke akaun bank murid; atau
iii. Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).
Untuk maklumat lanjut, sila kenyataan media KPM
Syarat kelayakan:
i. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025 / 2026; dan
ii. Bagi pelajar baru Tahun 1 dan Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang bersekolah di:
Sekolah kerajaan (SK)
Sekolah bantuan kerajaan (SBK)
Sekolah agama
Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat
Kolej PERMATA
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
Sekolah Integriti
Sekolah Henry Gurney
Maktab Rendah Sains MARA dan
Maktab Tentera Diraja
Nota : Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah seperti berikut:
1. Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa/murid (sekolah menengah); atau
2. Pengkreditan ke akaun bank murid; atau
3. Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025).
Tiada permohonan diperlukan