Cawangan Bank Bergerak Bank Simpanan Nasional (CBB BSN)
Dalam Pelaksanaan

Terakhir dikemas kini pada 05/03/2025

  • Perkhidmatan Bank Bergerak merupakan salah satu usaha oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2025 untuk menyantuni setiap rakyat Malaysia selari dengan visinya, Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan.
  • Perkhidmatan ini telah dilancarkan pada 10 Mei 2021, CBB BSN yang beroperasi di Sabah dan Sarawak banyak membantu masyarakat setempat untuk memenuhi keperluan kewangan dan akses bagi urusan perbankan.
  • Antara perkhidmatan yang disediakan CBB BSN seperti:
    • Pengeluaran tunai melalui Mesin Teler Automatik (ATM)
    • Pembukaan akaun Kad Debit/i BSN VISA 
    • Simpanan tunai, 
    • pembayaran bil-bil utiliti, 
    • pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN
  • Kenderaan berkapasiti 3 tan yang telah diubah suai bagi menempatkan 1 unit ATM dan 2 kaunter pelanggan ini turut memudahkan urusan pengeluaran wang bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan kepada mereka yang layak seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan bermacam lagi jenis bantuan yang disalurkan kerajaan.
  • BSN akan memperluaskan lagi CBB ke serata pelusuk negara bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam menikmati akses perbankan yang menyeluruh, khususnya bagi golongan yang memerlukan disamping memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan kepelbagaian dalam produk kewangan agar terus relevan seiring pasaran semasa.
  • Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman rasmi BSN

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Kementerian Kewangan (MOF,) Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda