Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 11/08/2025

  • Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2025 yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak dan memerlukan, dalam menghadapi tekanan kos sara hidup. 

  • Melalui penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik serta meningkatkan jumlah bantuan tunai kepada rakyat yang memerlukan, sekali gus memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima sokongan yang sewajarnya menerusi STR 2025.

  • Pembayaran STR adalah seperti berikut:

Fasa

Kaedah Pembayaran

Jenis Penerima

Tarikh Pembayaran 

Fasa 1Ada Akaun Bank Mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat.
Tiada Akaun BankTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 22 Januari 2025
Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak)
Fasa 2Ada Akaun BankPenerima Sedia AdaMulai 24 Mac 2025 secara berperingkat.
Penerima Baharu Rayuan Mulai 03 April 2025 secara berperingkat.
Tiada Akaun BankPenerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025
Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025
Tiada Akaun Bank (Sabah / Sarawak)Penerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 24 Mac 2025
Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 03 April 2025
Fasa 3Ada Akaun BankPenerima Sedia AdaMulai 12 ogos 2025 secara berperingkat
Penerima Baharu Rayuan Mulai 12 ogos 2025 secara berperingkat
Tiada Akaun BankPenerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 12 Ogos 2025
Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 21 Ogos 2025
Tiada Akaun Bank (Pendalaman Sabah / Sarawak)Penerima Sedia AdaTuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 12 Ogos 2025
Penerima Baharu Rayuan Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 21 Ogos 2025
Fasa 4Fasa bayaran seterusnya akan dikemas kini dari semasa ke semasa

Nota: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan klik di sini

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Telipon

TELEFON

1-800-88-2747

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda