Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Terakhir dikemas kini pada
28/02/2025
- Rancangan Makanan Tambahan (RMT) adalah sebuah bantuan khusus di bawah Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan kepada murid sekolah rendah terutamanya dari kawasan luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
- Setiap murid yang menerima manfaat ini juga dibekalkan dengan sekotak susu sebagai diet tambahan.
- Bekalan makanan bagi program RMT diberikan kepada penerima RMT pada setiap hari persekolahan dengan jumlah hari maksima sebanyak 190 hari setahun.
- Menu RMT ditetapkan oleh KPM dengan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pihak sekolah boleh memilih menu RMT daripada 20 menu yang ditetapkan. Mulai tahun 2022, pemberian susu dilakukan pada setiap hari persekolahan berbanding dua kali seminggu sebelum ini.
Kadar:
i. Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM3.50 seorang murid / hari
ii. Sarawak, Sabah dan W.P. Labuan adalah sebanyak RM4.00 seorang murid / hari
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi KPM atau Buku Panduan RMT
Syarat kelayakan:
i. Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK);
ii. Pendapatan Isi Rumah (PIR) keluarga murid adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa dalam kategori miskin tegar; atau
iii. Murid di Sekolah Orang Asli / Penan; atau
iv. Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang memegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
v. Murid yang tingal di asrama tidak layak menerima RMT.
Ibu bapa atau penjaga perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
i. Dapatkan Borang Permohonan:
- Borang Permohonan Bantuan Persekolahan Bersepadu (PB-1 dan PB-2) boleh diperoleh daripada pihak sekolah anak anda.
ii. Sediakan Dokumen Sokongan:
- Sertakan salinan dokumen seperti kad pengenalan murid dan ibu bapa/penjaga, sijil kelahiran, serta bukti pendapatan isi rumah.
iii. Hantar Borang dan Dokumen:
- Serahkan borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen sokongan kepada pihak sekolah untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Bantuan Murid sekolah.
Nota: Pihak sekolah akan menilai permohonan berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga setelah proses penilaian selesai.
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda