Program MyLesen
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 30/07/2025

  • Program MyLesen B2 merupakan inisiatif Kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan membantu 15,000 golongan kurang berkemampuan, terutamanya pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, dan belia B40, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (motosikal tidak melebihi 250cc) secara percuma. 
  • Peserta akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga memperoleh lesen. 
  • Matlamat program ini adalah: 

i. Memberi peluang kepada peserta sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan 

ii. Meningkatkan tahap keselamatan jalan raya 

iii. Melahirkan penunggang motosikal yang berkemahiran, beretika dan mematuhi undang-undang

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan klik di sini

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) & Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda