Pas Bulanan My50 ialah sejenis bantuan kewangan yang disediakan oleh Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) di bawah Belanjawan 2025 untuk semua rakyat Malaysia. Bantuan ini bertujuan memberikan akses tanpa had kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh PRASARANA.
i. Lembah Klang: Pas My50 menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di perkhidmatan Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas pengantara MRT di kawasan Lembah Klang.
ii. Pulau Pinang: Pas Mutiara My50 menyediakan perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.
iii. Kuantan: Pas My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) dengan klik di sini
- Semua stesen LRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen BRT
- Semua stesen MRT
- Hab Bas Rapid KL tertentu:
- Pasar Seni
- Chow Kit
- KLCC
- Sri Nilam
- Puchong Utama
- Pearl Point
- Sunway Piramid
- Greenwood
- Seksyen 2 Shah Alam
- Kios Rapid Penang tertentu:
- Komtar
- Weld Quay (Terminal B)
- Penang Central
- Bukit Jambul
- Ibu Pejabat Rapid
- Penang (Lorong Kulit)
- Kompleks Dato Kailan (Kepala Batas)
- Balik Pulau
- Bukit Mertajam
|
- Cara membeli Pas My50 di Lembah Klang:
- Pengguna perlu pergi ke kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih
- Tambah Nilai MyKad atau MyTentera: Pastikan MyKad atau MyTentera mempunyai nilai minimum sebanyak RM55 sebelum pembelian. Jika baki e-dompet tidak mencukupi, pengguna perlu menambah nilai sehingga mencapai had minimum RM60 dalam MyKad atau MyTentera.
- Yuran dan Baki E-Dompet: Selepas yuran tambah nilai sebanyak RM0.50 ditolak, baki RM9.50 akan kekal dalam e-dompet Touch 'n Go. Baki ini tidak akan ditolak apabila pas diaktifkan, kecuali jika digunakan untuk transaksi lain seperti tol, kedai runcit, tempat letak kereta, dan sebagainya.
- Pengaktifan Pas My50: Tentukan tarikh penggunaan Pas My50 terlebih dahulu. Pas akan diaktifkan secara automatik apabila kad menyentuh pembaca kad di bas atau semasa menggunakan perkhidmatan Rapid KL Rail. Untuk kemudahan, pengguna juga boleh memohon pembaharuan automatik di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih seperti yang disenaraikan.
- Pembaharuan Automatik: Pastikan baki dalam e-dompet sekurang-kurangnya RM55 untuk membolehkan pembaharuan automatik Pas My50.
|
- Cara membeli Pas Mutiara My50 di Pulau Pinang
- Bawa MyKad atau MyTentera anda ke mana-mana hab bas atau kios terpilih di Pulau Pinang seperti yang dinyatakan di atas untuk membeli Pas Mutiara My50.
- Tentukan atau rancang lebih awal tarikh yang anda ingin "aktifkan" atau mula menggunakan Pas Mutiara My50. Pas ini akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja MyKad atau MyTentera menyentuh pembaca kad bas ketika menggunakan perkhidmatan Bas Rapid Penang.
- Harap maklum, perkhidmatan pembaharuan automatik untuk Pas Mutiara My50 di Rapid Penang masih belum tersedia.
|
Nota: My50 hanya boleh digunakan dengan MyKad dan MyTentera sahaja. Untuk Rapid Penang, My50 hanya boleh dibeli melalui Pas Mutiara My50
- Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk membaca Soalan Lazim (FAQ)