Terakhir dikemas kini pada 04/08/2025
Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025, bertujuan membantu golongan warga emas miskin tegar yang memenuhi kriteria kelayakan. Bantuan ini diberikan bagi memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dan mencapai kesejahteraan dalam komuniti.
Kadar bayaran bagi Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sebanyak RM600 sebulan kepada setiap penerima yang layak
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan klik di sini
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 60 tahun dan ke atas;
iii. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
iv. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain / penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa / PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
v. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
vi. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Labuan (PKMN / WPKL / WPL).
Nota: Pengiraan umur warga emas adalah berasaskan tahun kelahiran
i. Salinan MyKad pemohon, ii. Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama, iii. Surat Penyata pendapatan daripada majikan; atau iv. Akaun pendapatan daripada penghulu / penggawa, / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran: Borang pengesahan pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau v. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri); atau vi. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat); vii. Salinan Penyata akuan bank terkini / slip pengesahan akaun bank terkini; dan viii. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu) |
Borang permohonan / Borang Kaji Semula Bantuan:
i. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Permohonan JKM 18
ii. Sila klik di sini untuk mendapatkan Borang Kaji Semula Bantuan JKM 20