Terakhir dikemas kini pada 06/05/2025
Bantuan Latihan Perantis (BLP) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2025. Bantuan ini ditujukan kepada klien JKM, anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan atau menganggur, serta bekas pelatih dan bekas penghuni institusi kebajikan.
Tujuan BLP adalah untuk membantu golongan ini mendapatkan latihan kemahiran atau peluang latihan sambil bekerja.
Kadar bayaran BLP adalah RM200 sebulan bagi setiap penerima.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM
Syarat Kelayakan :
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian;
iii. Anak-anak penerima bantuan; atau iv. Bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
v. Kes-kes seliaan akhlak; atau
vi. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
vii. OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan.