Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Terakhir dikemas kini pada
23/04/2025
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga atau penjaga menjaga anak / kanak-kanak, atau bagi kanak-kanak yang kehilangan penjaga. Bantuan ini bertujuan memastikan mereka dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
Kadar bayaran bagi BKK adalah seperti berikut:
i. Minimum: RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak.
ii. Maksimum: RM1,000 sebulan bagi setiap keluarga, bergantung kepada bilangan anak yang layak.
KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM) | UMUR |
RM250 | 6 tahun dan kebawah |
RM200 | 7 tahun hingga 18 tahun |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi JKM
Syarat Kelayakan:
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun;
iii. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
iv. Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
v. Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
vi. Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK; dan
vii. Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.
Nota: Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran dan perubahan kadar BKK adalah hanya berlaku semasa proses kaji semula
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan MyKad Pemohon
- Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Surat / Penyata pendapatan daripada majikan; atau
- Akuan pendapatan daripada penghulu / penggawa / ketua kampung / JPKK / MPKK (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan / Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
- Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri)
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air / elektrik / telefon / Astro (bagi tujuan pengesahan alamat);
- Salinan penyata akaun bank terkini;
- Bagi Kanak-Kanak berumur 12 tahun ke bawah;
- Bagi kes warganegara, akaun bersama ibu / bapa / penjaga
- Bagi kes ibu / bapa / penjaga bukan warganegara, akaun bersama dengan salah seorang ibu / bapa / penjaga warganegara
- Bagi ibu / bapa / penjaga muflis / OKU Mental, akaun bersama dengan salah seorang ibu / bapa / penjaga yang tidak muflis / OKU Mental; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu)
Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda