Insentif Pengeluaran Getah (IPG)
Permohonan Dibuka

Terakhir dikemas kini pada 07/11/2024

  • Insentif Pengeluaran Getah (IPG) adalah sebuah insentif di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi pekebun kecil yang bertujuan untuk mengurangkan beban ekonomi pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah di samping menggalakkan mereka untuk terus menoreh bagi meningkatkan pengeluaran getah negara
  • Mulai Januari 2024, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) berada pada paras RM3.00 sekilogram ke bawah. Bagi IPG lateks, ia akan teraktif apabila IPG getah cuplump teraktif. Kadar IPG lateks adalah tetap pada RM0.90 sekilogram lateks 100% kandungan getah kering (KGK).

 

Untuk maklumat lanjut, Sila Rujuk Laman Rasmi Lembaga Getah Malaysia (LGM)

 

 

Agensi Pelaksana

AGENSI PELAKSANA

Lembaga Getah Malaysia (LGM)
Telipon

TELEFON

+603-9206 2000

Bantuan lain yang mungkin bersesuaian untuk anda