Sesi Pelepasan ke Parlimen bagi Pembentangan Belanjawan 2027
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bertolak dari Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya menuju ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2027.
Mengiringi beliau ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan; serta YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
YAB Dato’ Seri Anwar turut menzahirkan harapan agar pembentangan Belanjawan 2027 berjalan lancar. Belanjawan kali ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi negara, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta membina masa depan Malaysia yang lebih mampan.