Sesi Libat Urus Jelajah Belanjawan 2027 Bersama Pemain Industri Pelancongan Di Pulau Tioman, Pahang
Program Jelajah Belanjawan 2027 melabuhkan tirai dengan penganjuran Sesi Libat Urus Bersama Pemain Industri Pelancongan di Pulau Tioman.
Sesi ini dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YBrs. Tuan Haji Jumshoiry Novdany Mohd Sulaiman, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA).
Sesi ini menghimpunkan pemain industri pelancongan, agensi-agensi Kerajaan Daerah Rompin dan wakil-wakil penduduk Pulau Tioman bagi membincangkan potensi, cabaran serta keperluan pembangunan sektor pelancongan sebagai salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi negeri umumnya dan Pulau Tioman khususnya.
Dialog ini turut membuka ruang kepada pemain industri untuk mengemukakan cadangan inisiatif bagi Belanjawan 2027, khususnya berkaitan usaha membangunkan infrastruktur serta mewujudkan ekosistem industri pelancongan yang lebih mampan dan berdaya saing.
Input yang diterima akan membantu Kerajaan menilai keutamaan pembangunan secara lebih menyeluruh, khususnya dalam memastikan pertumbuhan industri dan ekonomi tempatan dapat diterjemahkan kepada pewujudan pekerjaan bernilai tinggi, peluasan peluang kepada pemain industri pelancongan tempatan serta manfaat ekonomi yang lebih luas kepada rakyat.
Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan MoF dan Pasukan Belanjawan 2027.