Sesi Kunjungan Hormat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Delegasi Kementerian Kewangan (MoF) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) bersama-sama Payments Network Malaysia (PayNet) telah mengadakan kunjungan hormat dan menyampaikan penghargaan kepada YB Datuk Wira Salhah Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Kunjungan ini menutup siri penyampaian hadiah dan kunjungan hormat kepada para pemenang Kempen Cashless Boleh 5.0. Penghargaan ini diberikan atas komitmen padu Kerajaan Negeri Melaka dalam menjayakan kempen tersebut.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, Kempen Cashless Boleh yang dianjurkan bersama oleh MoF dan PayNet menjadi inisiatif strategik untuk memperluas penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam perkhidmatan kerajaan. Usaha ini menyokong peralihan kepada transaksi digital yang lebih cekap, selamat dan mudah, sekali gus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.