Program Keseronokan Bekerja Kementerian Kewangan Tahun 2026
Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan telah menganjurkan Program Keseronokan Bekerja di Dewan Utama, Kementerian Kewangan.
Program bertemakan “Gamifikasi: Burn Out to Balance” ini dikendalikan oleh Coach Airol Irwan, seorang motivator. Menerusi pelbagai aktiviti gamifikasi yang interaktif dan menyeronokkan, peserta berpeluang mengenali diri, mengurus tekanan serta membina keseimbangan emosi, minda dan fizikal dalam kehidupan seharian.
Lebih 300 warga MoF menyertai program ini dengan penuh semangat dan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menggalakkan keseronokan serta kebersamaan.
Program ini turut menyokong pelaksanaan Hari Psikologi Kementerian Kewangan Tahun 2026, yang dirasmikan pada 21 Oktober 2026. Penganjurannya bersempena dengan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.