Meninjau Kesiapsiagaan Menjelang Pembentangan Belanjawan 2027
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, meluangkan masa meninjau persiapan akhir menjelang pembentangan Belanjawan 2027 di Kompleks Kementerian Kewangan (MoF), Putrajaya.
Lawatan ini merupakan tradisi tahunan MoF menjelang pembentangan Belanjawan bagi meninjau kesiapsiagaan serta menyantuni para petugas yang terlibat dalam proses penyediaannya.
Dalam lawatan tersebut, YAB Dato’ Seri Anwar turut menandatangani dokumen berkaitan Belanjawan 2027 serta beramah mesra dengan para petugas sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan usaha mereka dalam memastikan kelancaran persiapan Belanjawan 2027.
Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Dr. Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan; YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; serta pegawai-pegawai MoF.