Lawatan Akademik UTAR Ke Kementerian Kewangan
Kementerian Kewangan (MoF) telah menerima lawatan akademik daripada Fakulti Perniagaan dan Kewangan, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Perak yang melibatkan seramai 124 peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat mengenai makroekonomi yang disampaikan oleh YBrs. Puan Nur Firdaus Muhammad Amir Amran, Penolong Setiausaha, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, MoF.
Sesi taklimat turut disusuli dengan sesi soal jawab interaktif yang memberi ruang kepada para pelajar untuk mengemukakan pertanyaan, bertukar pandangan serta memperkukuh pemahaman mengenai isu-isu makroekonomi negara.
Lawatan ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk memperoleh pendedahan secara langsung mengenai peranan dan fungsi MoF, di samping menghubungkan pengetahuan akademik dengan amalan sebenar dalam pengurusan ekonomi dan kewangan negara.
Semoga lawatan ini menjadi pengalaman bermakna serta menyuntik inspirasi kepada para pelajar untuk terus mendalami bidang ekonomi dan kewangan.