Program Rumah Mesra Rakyat ialah bantuan subsidi pembinaan rumah bagi isi rumah berpendapatan di bawah RM5,000
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Tekan butang permohonan.
Klik pendaftaran baru (Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap)
Penerimaan login ID dan kata laluan (Kata laluan akan dihantar kepada pemohon)
Log masuk ke laman utama (Gunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR)
Melengkapkan borang online (Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang)
Majukan borang dan dokumen kepada SPNB (Majukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan)
Semakan dan penilaian oleh pihak SPNB (Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan)
Nota: Borang permohonan berserta dokumen sokongan perlu dimajukan ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan dengan tapak cadangan bagi tujuan penilaian.
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.