Had pembiayaan adalah sehingga RM500,000 bagi setiap PMKS, di mana pembiayaan yang diperolehi di bawah Kemudahan ini tertakluk kepada amaun agregat maksimum pembiayaan di bawah Dana BNM sebanyak RM5 juta untuk mana-mana PMKS berkaitan dengan pemegang saham biasa, melainkan PMKS berkaitan mempunyai tenaga kerja yang berbeza.
Cagaran:
Jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad CGC)
Jaminan peribadi, jaminan bersama dan berasingan / jaminan korporat.
Tiada cagaran lain akan dikenakan untuk fasiliti ini.
Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Syarat Utama
Pembiayaan boleh digunakan oleh PMKS Malaysia, sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh rakyat Malaysia, dalam mana-mana sektor atau aktiviti berkaitan pelancongan dan/atau PMKS yang berlesen/berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).
Sektor atau aktiviti pelancongan yang layak termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang disenaraikan dalam Dasar Pelancongan Negara 2020-2023:
Ekopelancongan
Pelancongan kembara
Pelancongan belia
Pelancongan sukan
Cara Mohon
1
Permohonan dilakukan secara atas talian di https://mysmebank.com.my/jportal/login/
Dikemaskini pada 29 September 2026.
Pelancongan budaya dan warisan
Pelancongan berasaskan komuniti
Pelancongan pulau
Pelancongan pantai
Pelancongan bandar
Pelancongan membeli-belah
Pelancongan perubatan dan kesihatan
Pelancongan mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE)
Pelancongan rentas-sempadan
Pelancongan luar bandar/agro
Pelancongan pelayaran
Pelancongan minat khusus
Pelancongan mesra Muslim
Sektor-sektor atau aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas berfungsi sebagai panduan tidak menyeluruh sahaja dan adalah tepat pada tarikh penerbitan. Walau bagaimanapun, untuk maklumat terkini adalah dinasihatkan untuk merujuk terus kepada dokumen Dasar Pelancongan Negara yang diterbitkan oleh MOTAC.