Permohonan DibukaSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)Kewangan dan Pembiayaan
HalalBiz
Sebuah program pembiayaan untuk menggalakkan penyertaan usahawan PMKS dalam ekosistem industri Halal di Malaysia.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
HalalBiz adalah merupakan sebuah program pembiayaan untuk menggalakkan penyertaan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam ekosistem industri Halal di Malaysia.
Inisiatif ini merangkumi pembelian aset seperti mesin atau peralatan, kos pengubahsuaian kilang, dan atau keperluan modal Kerja termasuk perbelanjaan kos sijil Halal, fi jaminan dan sumbangan Takaful untuk tahun pertama (jika berkenaan, dihadkan pada RM10,000).
Had pembiayaan bagi inisiatif ini adalah minimum RM100,000.00 sehingga maksimum RM1.0 juta dengan kadar keuntungan mengikut Dana Pasaran SME Bank: 6.00% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan sebanyak 1.00% setahun.
Tempoh pembiayaan bagi pembelian aset adalah 7 tahun manakala modal kerja adalah 5 tahun.
Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank dan perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang dibiayai dijadikan cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel. Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).
Syarat Utama
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp.
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
Perniagaan patuh Syariah dengan pensijilan Halal daripada JAKIM atau mana-mana pihak berkuasa lain yang diiktiraf oleh JAKIM. Bagi syarikat yang tidak mempunyai pensijilan Halal, pelanggan mesti mendapatkan Pensijilan Halal daripada - JAKIM atau mana-mana pihak berkuasa lain yang diiktiraf oleh JAKIM dalam tempoh 24 bulan dari tarikh pengeluaran pembiayaan pertama, yang mana permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 12 bulan pertama.
Minimum 2 tahun beroperasi, termasuk permulaan perniagaan oleh pemilik terdahulu atau penukaran / penaiktarafan syarikat dari Pemilikan Tunggal atau Perkongsian.
Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (sekiranya ada) tidak melebihi 20%.
Cara Mohon
1
Permohonan dilakukan secara atas talian di https://mysmebank.com.my/jportal/login/
Dikemaskini pada 29 September 2026.
Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham dimiliki oleh warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.