Permohonan DibukaSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)Kewangan dan Pembiayaan
MySMELady 2.0
Skim pembiayaan bagi usahawan wanita untuk meningkatkan perniagaan ke tahap lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing
StatusPermohonan Dibuka
AgensiSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
MySMELady 2.0 merupakan sebuah pembiayaan untuk usahawan wanita bagi pembelian aset dan/atau keperluan modal kerja bagi meningkatkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi dari segi kapasiti pengeluaran, penembusan pasaran dan daya saing.
Had pembiayaan bagi inisiatif ini adalah minimum RM100,000.00 sehingga maksimum RM3.0 juta dengan kadar keuntungan 5.0% setahun. Manakala tempoh pembiayaan bagi pemerolehan aset adalah sehingga 5 tahun
Cagaran yang diterima oleh pihak Bank tertakluk kepada polisi SME Bank. Sekiranya memerlukan Jaminan Pembiayaan, hanya boleh diperolehi melalui Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) sahaja.
Perlindungan takaful / insurans adalah wajib jika aset yang diberi sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Pemohon diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Syarat Utama
Usahawan Wanita dan memenuhi definisi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) seperti yang ditakrifkan oleh SME Corp.
51% daripada pegangan ekuiti dimiliki oleh Wanita ATAU Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif adalah Wanita dan memiliki sekurangnya 10% pegangan ekuiti.
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa / pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
Perniagaan patuh Syariah
Beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun.
Cara Mohon
1
Permohonan dilakukan secara atas talian di https://mysmebank.com.my/jportal/login/