Permohonan DibukaSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)Kewangan dan Pembiayaan
Dana Kelestarian Alam
Program pembiayaan untuk membantu PMKS memperoleh aset atau modal kerja bagi peralihan ke arah operasi
StatusPermohonan Dibuka
AgensiSmall Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Untuk SiapaPerniagaan dan Majikan
Pengenalan
Dana Kelestarian Alam merupakan sebuah program pembiayaan bagi tujuan pemerolehan aset dan/ atau keperluan modal kerja untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi menyokong peralihan ke arah operasi perniagaan karbon rendah dan lestari yang disediakan oleh SME Bank.
Had pembiayaan bagi inisiatif ini adalah minimum RM100,000.00 sehingga maksimum RM5.0 juta dengan kadar keuntungan mengikut Dana Pasaran SME Bank: 6.00% setahun (selepas subsidi kadar keuntungan sebanyak 1.00% setahun. Manakala tempoh pembiayaan bagi pemerolehan aset adalah sehingga 7 tahun dan modal kerja sehingga 5 tahun
Perlindungan takaful/ insurans adalah wajib jika aset yang dijadikan sebagai cagaran kepada pembiayaan tersebut (jika ada). Anda diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan yang diberi oleh operator Takaful panel kami atau operator Takaful yang bukan panel.
Perlindungan Takaful diperlukan bagi pembiayaan modal kerja yang melibatkan pembelian stok (bahan mentah, barang separuh siap).
Syarat Utama
PMKS seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp.) bagi menyokong peralihan ke arah operasi perniagaan karbon rendah dan lestari.
Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), atau pihak berkuasa/ pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan profesional.
Pegangan saham Syarikat Tersenarai Awam atau Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika berkenaan) tidak melebihi 20%.
Sekurang-kurangnya 51% pegangan saham oleh Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Perniagaan patuh shariah.
Minimum 2 tahun beroperasi.
Cara Mohon
1
Permohonan dilakukan secara atas talian di https://mysmebank.com.my/jportal/login/