SJKP MADANI membantu individu tanpa pendapatan tetap memiliki rumah melalui jaminan kerajaan kepada institusi kewangan terpilih.
CARA MEMOHON
Kenal pasti rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen berkaitan seperti Perjanjian Jual Beli / resit bayaran tempahan.
Sediakan dokumen yang diperlukan atau dokumen sokongan lain seperti di bawah:
Kediaman:
a) Perjanjian Jual Beli asal / borang tempahan / resit bayaran tempahan
Bukti Pendapatan (mana-mana yang berikut):
a) 6 bulan penyata akaun bank atau deposit terkini
b) 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata akaun bank
c) Penyata Cukai Pendapatan / KWSP terkini
d) Surat Pengesahan Pendapatan
Dokumen Sokongan Lain:
a) Salinan Kad Pengenalan pemohon
b) Surat Pengesahan Pekerjaan (jika ada)
c) Lesen Perniagaan; atau Kad Pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (mana yang berkenaan)
d) Surat pengesahan bekerja sendiri atau aliran pendapatan yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau penjawat kerajaan Kategori A atau Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
Sila memohon pembiayaan perumahan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan di Institusi-Institusi Kewangan terlibat
Dikemaskini pada 29 September 2026.