Skim jaminan pemilikan rumah bagi kakitangan kontrak yang sukar mendapat pinjaman perumahan pertama.
Kenal pasti rumah yang ingin dibeli dan dapatkan dokumen berkaitan seperti Perjanjian Jual Beli / resit bayaran tempahan.
Sediakan dokumen yang diperlukan atau dokumen sokongan lain seperti berikut:
Kediaman:
a) Perjanjian Jual Beli asal / borang tempahan / resit bayaran tempahan
Pendapatan (mana-mana yang berikut):
a) 6 bulan penyata akaun bank atau deposit terkini
b) 3 bulan slip gaji dan 3 bulan penyata akaun bank
c) Penyata Cukai Pendapatan / KWSP terkini
d) Surat Pengesahan Pendapatan
Dokumen Sokongan Lain:
a)Salinan Kad Pengenalan pemohon
b) Surat Pengesahan Pekerjaan (jika ada)
c) Lesen Perniagaan; atau Kad Pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (mana yang berkenaan)
d) Surat pengesahan bekerja sendiri atau aliran pendapatan yang disahkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau penjawat kerajaan Kategori A atau Penghulu / Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
Nota: Sila memohon pembiayaan perumahan di bawah skim perumahan ini dengan dokumen-dokumen yang diperlukan di Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat
Dikemaskini pada 29 September 2026.