Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)
PeKa B40 ialah inisiatif kesihatan B40 bagi membantu keperluan rawatan penyakit tidak berjangkit melalui bantuan dan insentif
StatusAutomatik (Tiada Permohonan Diperlukan)
AgensiProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
PeKa B40 (Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40) ialah inisiatif kerajaan yang membantu menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan fokus utama terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
Skim ini khas untuk warganegara Malaysia dalam kumpulan B40.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berumur 40 tahun ke atas layak secara automatik tanpa perlu membuat pendaftaran.
Syarat Penting: Anda wajib melengkapkan Saringan Kesihatan (Manfaat 1) terlebih dahulu sebelum layak memohon bantuan lain seperti alat perubatan, insentif kanser, atau tambang pengangkutan.
Saringan Kesihatan Percuma
Boleh dilakukan secara percuma di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
Pemeriksaan merangkumi: Sejarah kesihatan diri dan keluarga, saringan kesihatan mental, pemeriksaan fizikal, pemeriksaan klinikal payudara atau prostat, serta ujian darah dan air kencing.
Anda tidak perlu berpuasa dan tiada sebarang bayaran dikenakan.
Sekiranya perlu rawatan susulan: Anda boleh dirujuk ke Klinik Kesihatan kerajaan, atau memilih klinik swasta dengan menanggung kos sendiri (kos ubat dan rawatan susulan tidak termasuk dalam skim ini).
Bantuan Alat Perubatan (Sehingga RM20,000)
Menampung kos alat perubatan yang diperlukan semasa rawatan seperti stent jantung, sendi tiruan, alat bantuan pendengaran, perentak jantung, dan kerusi roda.
Bantuan ini diberikan dalam bentuk bekalan alat perubatan, bukannya wang tunai atau subsidi kos di hospital kerajaan.
Syarat: Hanya sah jika pesakit dirawat di hospital KKM, dan permohonan mesti dibuat oleh pakar perubatan KKM.
Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (RM1,000)
Diberikan kepada pesakit kanser yang menghabiskan pelan rawatan mereka di Hospital KKM sebagai dorongan.
Cara bayaran: Dibahagikan kepada dua, iaitu RM300 selepas mula rawatan dan RM700 selepas tamat rawatan, dimasukkan terus ke akaun bank penerima.
Syarat: Permohonan dan pengesahan dibuat oleh doktor atau pakar perubatan KKM.
Insentif Tambang Pengangkutan
Membantu meringankan kos perjalanan bagi penerima yang mendapatkan rawatan di hospital KKM.
Khusus untuk pesakit yang layak dan turut menerima Manfaat 2 atau Manfaat 3.
Had maksimum bantuan:
Semenanjung Malaysia: Sehingga RM500
Sabah, Sarawak, & Labuan: Sehingga RM1,000 (mengikut kadar jarak).
Syarat: Permohonan diuruskan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau doktor yang merawat, dan wang akan dimasukkan terus ke akaun bank anda.
Syarat Utama
Syarat Kelayakan:
Tiada permohonan diperlukan.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berdaftar.
Berumur 40 tahun dan ke atas.
Cara Mohon
1
Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKa B40
2
Langkah 1 : Untuk membuat semakan kelayakan sila rujuk laman rasmi ProtectHealth
3
Langkah 2 : Sekiranya anda layak, sila kunjungi Klinik PeKa B40 yang berdekatan, yang boleh dikenalpasti melalui pelekat logo PeKa B40. Jangan lupa membawa MyKad untuk tujuan pengesahan. Sila rujuk senarai klinik yang tersenarai di bawah skim ini menerusi laman rasmi PeKa B40
4
Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik
5
Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM