Skim Perlindungan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG KENDIRI)
Skim perlindungan sosial yang memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan
StatusPermohonan Dibuka
AgensiPertubuhan Keselamatan Sosial
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Skim ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.
Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.
Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.
Syarat Utama
Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur.
Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.
Cara Mohon
1
Permohonan faedah boleh dibuat dengan menggunakan Borang Tuntutan Faedah Lindung Kendiri (Borang PS2) yang boleh diperolehi daripada laman sesawang rasmi PERKESO www.perkeso.gov.my atau di pejabat PERKESO berdekatan.
2
Dokumen sokongan pembuktian bencana pekerjaan sendiri hendaklah disertakan bersama Borang PS2 seperti laporan polis (jika berkaitan), sijil cuti sakit dan dokumen bukti pekerjaan sendiri.