Permohonan DibukaPertubuhan Keselamatan SosialPekerjaan dan Pendapatan
Kendiri Padanan70 2026
Kendiri Padanan70 2026 ialah skim PERKESO bagi melindungi individu bekerja sendiri daripada kemalangan atau penyakit berkaitan kerja
StatusPermohonan Dibuka
AgensiPertubuhan Keselamatan Sosial
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
KENDIRI PADANAN70 2026 ialah program pembiayaan padanan caruman khusus untuk Pelan Caruman 2 (RM232.80) di bawah Inisiatif LINDUNG Kendiri. Program ini dikhususkan untuk Orang Bekerja Sendiri (OBS) dalam sektor bukan mandatori yang membuat caruman kali pertama.
KENDIRI Agro 2026: Sektor pertanian, penternakan, perhutanan, dan perikanan.
KENDIRI Lain Upaya 2026: Khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sendiri dalam 17 sektor berkaitan.
KENDIRI Asal 2026: Untuk Orang Asli di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak yang bekerja sendiri.
KENDIRI Seni 2026: Khusus untuk individu dalam sektor kesenian.
KENDIRI Sukan 2026: Meliputi sukan tradisional, silat olahraga, e-sukan, jurulatih, atlet profesional, serta atlet tajaan Majlis Sukan Negara.
KENDIRI Didik 2026: Pendidik, pelajar latihan industri, pengajar, tutor, guru agama, kaunselor, dan pakar motivasi.
KENDIRI Servis 2026: Perkhidmatan isi rumah, profesional, pelancongan, IT, perniagaan online, ejen, malim gunung, pemandu pelancong, pengawal keselamatan, dan perniagaan berdaftar SSM.
KENDIRI Pelancongan 2026: OBS yang aktif dalam industri pelancongan di bawah 17 sektor.
KENDIRI Pemimpin Masyarakat 2026: Tok Batin, ketua komuniti, ketua rumah panjang, atau pemimpin masyarakat.
KENDIRI Perkhidmat Rumah Ibadat 2026: Petugas sah rumah ibadat pelbagai agama di bawah Perlembagaan Malaysia.
KENDIRI Sukarelawan 2026: Terbuka kepada semua sukarelawan di Malaysia.
Faedah Perlindungan PERKESO
Faedah Perubatan: Rawatan percuma di klinik panel PERKESO atau hospital kerajaan (atau tuntutan bayaran balik di klinik bukan panel mengikut syarat Akta Fi 1951).
Faedah Hilang Upaya Sementara: Bayaran harian (antara RM30.00 hingga RM105.33 sehari) sepanjang cuti sakit yang disahkan doktor (sekurang-kurangnya 4 hari).
Faedah Hilang Upaya Kekal: Pampasan berkala sebanyak 90% daripada pendapatan diinsuranskan jika mengalami kecacatan kekal selepas habis cuti sakit.
Faedah Orang Tanggungan: Pencen bulanan (90% daripada pendapatan diinsuranskan) kepada waris terdekat seperti balu, duda, anak di bawah usia 21 tahun, atau ibu bapa jika berlaku kematian.
Elaun Layanan Sentiasa: Bantuan sebanyak RM500 sebulan bagi pesakit terlantar yang memerlukan penjagaan khas.
Faedah Pengurusan Mayat: Bantuan tunai sehingga RM3,000 (berkuat kuasa 1 Jun 2024) atau kos sebenar (yang mana lebih rendah) kepada waris.
Kemudahan Pemulihan & Rehabilitasi: Rawatan fisioterapi percuma, alat sokongan (kerusi roda, kaki palsu, tilam khas), serta latihan kemahiran vokasional (seperti jahitan, membaiki radio, atau elektrik).
Syarat Utama
Bertaraf warganegara Malaysia atau pemastautin tetap tanpa mengira had umur
Bekerja sepenuh masa atau separuh masa
OBS yang bekerja di Malaysia
OBS yang bekerja dalam sektor bukan mandatori; dan
OBS belum mendaftar di bawah Inisiatif Belanjawan 2026.
Cara Mohon
1
i. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui Portal Prihatin
2
ii. Ejen Korporat SKSPS atau Ejen Individu SKSPS yang sah dilantik oleh PERKESO
3
iii. Aplikasi Prihatin PERKESO
4
iv. Hadir ke pejabat PERKESO berhampiran bersama
5
Nota: *Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan bayaran 30% (RM70.00) daripada pemohon kepada pihak PERKESO.