Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (LINDUNG KASIH) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaPertubuhan Keselamatan SosialKewangan dan Sara Hidup
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (LINDUNG KASIH)
Skim LINDUNG KASIH melindungi suri rumah daripada risiko kemalangan, penyakit atau hilang upaya semasa menjalankan tugas rumah tangga
StatusPermohonan Dibuka
AgensiPertubuhan Keselamatan Sosial
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) atau dikenali sebagai LINDUNG KASIH ialah inisiatif Perkeso untuk memberikan perlindungan keselamatan sosial kepada suri rumah.
Skim ini melindungi suri rumah daripada risiko kemalangan, penyakit, atau insiden tidak dijangka yang berlaku semasa mereka menguruskan urusan rumah tangga.
Secara amnya, perlindungan ini terbahagi kepada dua kategori utama:
Bencana Domestik: Melindungi suri rumah yang mengalami kemalangan atau insiden ketika melakukan tugasan berkaitan rumah tangga.
Penyakit atau Keuzuran: Memberikan perlindungan apabila suri rumah ditimpa masalah kesihatan atau keuzuran.
Faedah Perlindungan Bencana Domestik
Faedah Perubatan: Rawatan perubatan percuma serta rawatan pesakit luar di hospital, klinik, atau institusi yang diluluskan.
Faedah Hilang Upaya Kekal: Bayaran secara sekaligus (one-off) jika mengalami kecacatan kekal, selepas disahkan oleh doktor pengamal perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.
Elaun Layanan Sentiasa: Bantuan bulanan khas untuk suri rumah yang terlantar atau teruk tidak berupaya dan memerlukan penjagaan peribadi penuh. Bantuan ini berhenti apabila suri rumah berumur 55 tahun atau meninggal dunia.
Faedah Pengurusan Mayat: Bantuan sebanyak RM3,000 (berkuat kuasa mulai 1 Jun 2024) dibayar secara sekaligus kepada waris yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum umur 55 tahun.
Kemudahan Pemulihan Jasmani / Dialisis: Disediakan atas perakuan doktor, termasuklah rawatan pemulihan, mesin dialisis, serta bekalan kaki/tangan palsu (prostetik) atau alat sokongan (ortotik) tanpa sebarang kos.
Pencen Penakat: Bayaran bulanan sebanyak RM300 kepada waris layak (duda, anak, atau ibu bapa mengikut keutamaan) jika suri rumah meninggal dunia sebelum umur 55 tahun:
Anak: Layak sehingga umur 21 tahun, berkahwin, tamat ijazah pertama, atau seumur hidup bagi anak kurang upaya/terencat akal.
Duda & Ibu Bapa: Hanya diteruskan jika warganegara Malaysia dan berumur di bawah 55 tahun (pencen duda akan dihentikan jika berkahwin semula).
Faedah Perlindungan Keilatan (Penyakit / Masalah Kesihatan)
Elaun Keuzuran: Bayaran bulanan kepada suri rumah yang mengalami keuzuran kekal sehingga tidak mampu menguruskan sebahagian besar aktiviti rumah tangga (atas pengesyoran pihak perubatan). Bantuan tamat apabila pulih, mencapai umur 55 tahun, atau meninggal dunia.
Elaun Layanan Sentiasa: Elaun bulanan tambahan untuk penerima Elaun Keuzuran atau Hilang Upaya Kekal yang memerlukan penjagaan rapi daripada orang lain, dibayar sehingga umur 55 tahun atau meninggal dunia.
Kemudahan Pemulihan Jasmani / Dialisis: Rawatan pemulihan dan alat sokongan perubatan (seperti prostetik atau ortotik) disediakan tanpa kos apabila diperakukan oleh pihak perubatan.
Faedah Pengurusan Mayat: Bantuan sekaligus sebanyak RM3,000 kepada waris yang layak jika suri rumah meninggal dunia sebelum umur 55 tahun.
Pencen Penakat: Bantuan bulanan sebanyak RM300 diberikan kepada waris yang layak mengikut syarat umur anak, status perkahwinan, dan syarat kewarganegaraan bagi duda atau ibu bapa selaras dengan ketetapan skim.
Syarat Utama
Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun / belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum LINDUNG KASIH
Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan yang dibayar terlebih dahulu
Cara Mohon
1
Syarat Kelayakan:
2
i. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
3
ii. Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun / belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum LINDUNG KASIH
4
ii. Membayar caruman bagi tempoh 12 bulan yang dibayar terlebih dahulu