Pas My50 ialah bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia untuk akses tanpa had selama 30 hari bagi pengangkutan awam Prasarana terpilih
Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL
Tersedia di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang menyediakan perkhidmatan My50.
Hab Bas Terpilih
Pasar Seni
Chow Kit
Sri Nilam
Puchong Utama
Pearl Point
Greenwood
Seksyen 2, Shah Alam
Secara Dalam Talian melalui Touch ’n Go eWallet
Pembelian memerlukan kad Touch ’n Go dengan fungsi NFC, telefon pintar yang menyokong NFC dan akaun Touch ’n Go eWallet yang telah melengkapkan pengesahan identiti elektronik (e-KYC).
Untuk membeli dan mengaktifkan pas My50 melalui aplikasi Touch ’n Go eWallet, pengguna perlu mempunyai:
Akaun Touch ’n Go eWallet yang telah disahkan melalui e-KYC.
Kad Touch ’n Go Enhanced NFC.
Telefon pintar yang mempunyai fungsi NFC.
Dikemaskini pada 12 Oktober 2026.