Permohonan DibukaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga NegaraKesihatan
Program Subsidi Ujian Mamogram
Program Subsidi Ujian Mamogram bagi wanita layak bertujuan mengurangkan kos pemeriksaan serta mengesan awal kanser payudara
StatusPermohonan Dibuka
AgensiLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Program Subsidi Ujian Mamogram ialah inisiatif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu wanita mendapatkan pemeriksaan mamogram bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payudara. Program ini menawarkan bantuan subsidi kepada wanita yang memenuhi syarat kelayakan, bagi mengurangkan kos pemeriksaan dan menggalakkan pengesanan awal kanser payudara.
Syarat Utama
Syarat Kelayakan Umum
Wanita berumur 40 - 70 tahun dan dalam kumpulan risiko mendapat kanser payudara; atau
Bagi wanita berusia 35 - 39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara pada usia kurang dari 40 tahun juga layak mendapat subsidi untuk menjalani ujian mamogram dengan rujukan Pegawai Perubatan.
Wanita perlu memohon melalui Klinik Nur Sejahtera. Tapisan akan dibuat pada peringkat LPPKN dan mereka yang layak akan dirujuk kepada pusat mamogram yang berdaftar dengan LPPKN.
Kriteria wanita layak bagi program Subsidi Ujian Mamogram
Wanita warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap
Cara Mohon
1
Wanita yang berminat boleh memohon melalui Klinik Nur Sejahtera LPPKN seluruh Malaysia. Pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaaan klinikal payudara di Klinik Nur Sejahtera LPPKN terlebih dahulu sebelum dirujuk untuk menjalani ujian mamogram.
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.
Berumur 40 - 70 tahun
Pendapatan isirumah: RM10,000 dan ke bawah (PERCUMA), Melebihi RM10,000 (SUBSIDI RM50.00)
Menepati kriteria berikut:
Mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara; atau
Wanita yang dirujuk untuk ujian diagnostik mamogram; atau
Ujian mamogram ulangan bagi Program Subsidi Ujian Mamogram.
Kriteria wanita layak mendapat subsidi bagi kategori umur 35 - 39 tahun
Mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara pada usia kurang dari 40 tahun ; dan
Telah menjalani penilaian oleh doktor – bagi menentukan sama ada wanita tersebut perlu melakukan ujian mamogram dan merujuk mereka ke LPPKN bagi mendapatkan ujian mamogram percuma atau subsidi RM50.00.
Wanita yang mempunyai tanda-tanda, perlu dirujuk oleh doktor terlebih dahulu untuk ujian diagnostik mamogram.
Ujian ulangan mamogram – kekerapan ujian adalah bergantung kepada penilaian oleh doktor. Ujian ulangan juga layak mendapat subsidi.