Permohonan DibukaLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga NegaraKesihatan
Program Saringan Kanser Serviks
Saringan kanser serviks bagi wanita bertujuan mengesan risiko jangkitan HPV dan perubahan sel awal untuk rawatan pencegahan
StatusPermohonan Dibuka
AgensiLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Kanser serviks ialah kanser pangkal rahim yang kebanyakannya berpunca daripada jangkitan Human Papillomavirus (HPV). Saringan seperti ujian HPV dan Pap smear membantu mengesan risiko atau perubahan sel serviks lebih awal, sebelum kanser berkembang.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran wanita tentang kepentingan saringan berkala bagi membolehkan pengesanan awal dan rawatan yang sesuai. Pemeriksaan awal merupakan langkah penting dalam mencegah dan mengurangkan risiko kanser serviks.
Nota : Ujian HPV DNA boleh dilakukan secara rutin 5 tahun sekali sekiranya keputusan normal
Syarat Utama
Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
Berumur 30 hingga 65 tahun; dan
Wanita dalam kalangan B40 dan M40
Cara Mohon
1
Ujian Saringan Kanser Serviks boleh mendapatkan saringan ujian HPV DNA di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN yang berhampiran atau melalui mana-mana program outreach yang dilaksanakan di seluruh negara. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, klien boleh berhubung terus dengan Klinik Nur Sejahtera yang berhampiran.