Bantuan tunai ini disalurkan kepada pemohon, pasangan, atau waris yang layak untuk meringankan beban kewangan ahli keluarga
Dokumen yang perlu dibawa (oleh waris yang didaftarkan) semasa tuntutan SKK di BSN adalah:
i. Sijil Kematian Pemohon / pasangan; dan
ii. Kad Pengenalan asal waris; dan
iii. Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian:
Sijil kematian Pemohon / Pasangan jika Pemohon / Pasangan berdaftar meninggal dunia; atau
Surat pengesahan hospital jika Pemohon / Pasangan menerima rawatan di hospital; atau
Surat pengesahan yang menunjukkan Pemohon / Pasangan uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ; atau
Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas Pemohon / Pasangan yang menunjukkan bukti Pemohon / Pasangan berada di luar negara; atau
Surat Pengesahan Penjara / Pusat Serenti (salinan atau asal) jika Pemohon / Pasangan berada di penjara atau Pusat Serenti; atau
a. Tempoh masa Surat Pengesahan:
i. Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara; atau
ii. Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan mestilah tahun semasa atau tidak melebihi 1 tahun dari tarikh surat dikeluarkan.
Hilang / Tidak dapat dikesan / Pulang ke negara asal / Pasangan tiada dokumen pengenalan diri;
a. Laporan Polis / Akaun Sumpah yang mana tarikh dokumen adalah tidak melebihi dari 1 tahun dari tarikh dokumen dikeluarkan.
Dikemaskini pada 29 September 2026.