Permohonan DibukaKumpulan Wang Simpanan PekerjaKewangan dan Sara Hidup
i-Suri
i-Suri ialah skim caruman sukarela KWSP bagi wanita eKasih untuk menjamin kesejahteraan hidup serta pengiktirafan sosial
StatusPermohonan Dibuka
AgensiKumpulan Wang Simpanan Pekerja
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
i-Suri ialah inisiatif KWSP dengan sokongan Kerajaan Malaysia untuk membantu wanita yang layak, khususnya suri rumah yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih, membina simpanan persaraan.
Melalui program ini, peserta boleh membuat caruman sukarela ke KWSP dan menerima insentif kerajaan tertakluk pada syarat kelayakan. Inisiatif ini bertujuan membantu wanita meningkatkan simpanan dan menjamin kestabilan kewangan pada masa hadapan.
Syarat Utama
Warganegara Malaysia.
Ahli KWSP.
Wanitabelum mencapai umur 60 tahun
Wanita yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai setakat 30 November tahun sebelumnya
Cara Mohon
1
Pastikan anda telah disenaraikan dalam Pangkalan Data Kemaskinian Nasional (eKasih)*.
2
Teruskan dengan pendaftaran i-Suri melalui menu i-Saraan di saluran pilihan berikut:
Nota: *Permohonan ahli akan didaftarkan di bawah i-Suri secara automatik sekiranya ahli tersenarai di dalam data terkini Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November tahun sebelumnya.