Permohonan DibukaKumpulan Wang Simpanan PekerjaKewangan dan Sara Hidup
i-Saraan
i-Saraan ialah skim caruman sukarela KWSP bagi individu bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap untuk simpanan persaraan
StatusPermohonan Dibuka
AgensiKumpulan Wang Simpanan Pekerja
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
i-Saraan ialah program caruman sukarela KWSP untuk membantu individu yang bekerja sendiri atau dalam sektor ekonomi gig membina simpanan persaraan.
Melalui program ini, ahli yang layak boleh menerima insentif Kerajaan sebanyak 20% daripada jumlah caruman tahunan, sehingga maksimum RM500 setahun, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Program ini membantu individu menambah simpanan persaraan dan menikmati dividen tahunan KWSP.
Syarat Utama
Warganegara Malaysia.
Ahli KWSP yang telah berdaftar.
Berumur bawah 60 tahun.
Bekerja sendiri (Individu yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
Sila rujuk Portal Rasmi KWSPuntuk maklumat mengenai lokasi dan waktu operasi SST; atau
4
Pemohon juga boleh hadir ke pejabat KWSP dengan membawa MyKad dan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i‑Saraan / i-Suri KWSP 16G (M)