Automatik (Tiada Permohonan Diperlukan)Kementerian Pendidikan MalaysiaKewangan dan Sara Hidup
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 bagi murid sekolah dan Tingkatan Enam bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa
Jumlah/NilaiRM150 bagi setiap murid
StatusAutomatik (Tiada Permohonan Diperlukan)
AgensiKementerian Pendidikan Malaysia
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah bantuan kerajaan Malaysia untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak. Bantuan ini membantu menampung perbelanjaan seperti pakaian seragam, kasut, beg dan alat tulis. Bagi tahun 2026, kadar bantuan ialah RM150 bagi setiap murid, termasuk pelajar Tingkatan Enam.
Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan kaedah seperti berikut: i. Serahan tunai kepada ibu bapa (sekolah rendah) atau ibu bapa / murid (sekolah menengah); atau ii. Pengkreditan ke akaun bank murid; atau iii. Pengkreditan ke akaun bank ibu bapa (dilaksanakan mulai tahun 2025)
Syarat Utama
Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir / MyKID / MyKad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) merangkumi kategori seperti yang berikut:
Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
Murid Tahun 1 dan Tahun 2 di Kolej Vokasional
Murid di SBJK yang berusia di antara 4 tahun hingga 19 tahun
Murid di SI dan SHG yang berusia di antara 14 tahun hingga 21 tahun
Mengikut penetapan had pendapatan kasar bulanan ibu bapa / penjaga pada tahun semasa. Murid Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Sekolah Intergriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) dikecualikan daripada memberi pengesahan pendapatan bulanan kasar keluarga