Permohonan DibukaJabatan Wilayah PersekutuanPerumahan
Residensi MADANI
Bantuan perumahan mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah pertama selesa dan berkualiti.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Wilayah Persekutuan
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Residensi MADANI ialah inisiatif perumahan mampu milik di Wilayah Persekutuan yang menawarkan kediaman selesa pada harga patut, iaitu sekitar RM200,000 seunit.
Program ini direka khas untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah pertama yang berkualiti dan selesa untuk didiami.
Setiap unit kediaman berstrata ini dilengkapi dengan spesifikasi praktikal berikut:
Keluasan minimum: 750 kaki persegi
Bilik tidur: 3 bilik
Bilik air: 2 bilik
Ruang tambahan: Dapur, ruang tamu, ruang makan, dan kawasan jemuran (yard)
Objektif utama: Memberikan peluang kepada rakyat memiliki kediaman yang berkualiti, selesa, dan berdaya huni pada harga mampu milik.
Syarat Utama
Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman RESIDENSI MADANI. Untuk mengetahui jika anda layak memohon, sila lihat maklumat di bawah:
a) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat. Jika berkahwin, pasangan juga hendaklah warganegara Malaysia.
b) Pendapatan kasar isi rumah permohon hendaklah tidak lebih daripada RM8,000 sebulan
c) Pemohon mestilah lahir atau bekerja atau pengundi berdaftar di Wilayah Persekutuan
d) Permohonan rumah pertama sahaja.
e) Sekatan penjualan (moratorium) selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindahmilik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak sahaja
Cara Mohon
1
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di https://residensimadani.jwp.gov.my/. Maklumat dokumen sokongan permohon hanya dikemukakan setelah projek sedia untuk dijual dan akan dimaklumkan melalui emel kepada pemohon.
Dikemaskini pada 29 September 2026.
f) Pemohon hendaklah berdaftar di Portal Residensi MADANI.