Bantuan perumahan mampu milik bagi penjawat awam memiliki rumah selesa dan berkualiti pada harga lebih rendah daripada pasaran
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Perdana Menteri
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
PPAM adalah inisiatif khas kerajaan untuk membantu penjawat awam di seluruh negara memiliki rumah mampu milik.
Melalui program ini, anda berpeluang memiliki kediaman yang selesa, berkualiti, dan terletak di lokasi strategik pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.
Pelaksanaan PPAM membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menjaga kebajikan penjawat awam. Usaha penyediaan perumahan yang selesa ini selari dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk memastikan kualiti hidup rakyat sentiasa terjamin, seimbang, dan mampan.
Syarat Utama
Kelayakan permohonan:
1. Warganegara
2. Penjawat Awam
Lantikan tetap/ kontrak
Telah bersara dan memiliki kad pesara
Permohonan terbuka kepada:
1. Kerajaan Persekutuan dan Negeri
Cara Mohon
1
Semua permohonan PPAM boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my.
2
Tiada borang atau permohonan secara manual disediakan.
3
Pemohon boleh merujuk manual pengguna di pautan https://www.ppam.gov.my/themes/ppam-portal-2024/assets/manual/pemohon.pdf