Program Penukaran Topi Keledar Percuma — Portal Manfaat
Permohonan DibukaJabatan Pengangkutan JalanKewangan dan Sara Hidup
Program Penukaran Topi Keledar Percuma
Insentif topi keledar kepada keluarga kurang mampu bagi meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Pengangkutan Jalan
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Inisiatif Penukaran Topi Keledar Percuma oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertujuan meningkatkan keselamatan penunggang motosikal dengan menukar topi keledar lama atau tidak mematuhi piawaian kepada topi keledar baharu secara percuma bagi mengurangkan risiko kecederaan akibat kemalangan.
Syarat Utama
Warganegara Malaysia (MyKAD perlu dikemukakan semasa penukaran).
Berumur 16 tahun ke atas.
Pemohon DIWAJIBKAN membawa topi keledar gantian (lama/rosak/tidak mengikut spesifikasi SIRIM) semasa menukar topi keledar baharu.
Pemohon perlu hadir sendiri.
Terhad satu (1) unit topi keledar untuk satu (1) orang sahaja.
Pembahagian topi keledar terhad kepada kuota. Pendaftaran akan ditutup apabila jumlah kuota penuh.
Cara Mohon
1
Sila hadir ke kaunter pendaftaran program dan imbas Kod QR yang dipamerkan di sana untuk mendaftar.
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.
Permohonan topi keledar yang tidak dituntut pada hari program akan dibatalkan.
Pembahagian warna dan model topi keledar adalah secara rawak. Tertakluk kepada saiz yang tersedia.
Sekiranya syarat dan peraturan tidak dipatuhi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia berhak untuk membatalkan permohonan tanpa memberikan sebarang penjelasan atau notis.