Program 2 Years Empowerment (2YEP) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaJabatan Kebajikan MasyarakatPendidikan dan Latihan
Program 2 Years Empowerment (2YEP)
Program pemerkasaan dan transformasi minda bagi penerima bantuan JKM yang produktif serta ahli isi rumah penerima bantuan.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
2 Years Exit Programme (2YEP) ialah program khas untuk membantu penerima bantuan kerajaan yang berkemampuan agar lebih berdikari. Melalui latihan, bimbingan, dan sokongan jana pendapatan, program ini menyasarkan peserta bebas daripada kebergantungan bantuan kerajaan dalam tempoh dua (2) tahun.
Kadar Bantuan: Maksimum sehingga RM5,000 bagi setiap peserta.
Program ini dijalankan menggunakan tiga pendekatan penting:
Latihan: Menyediakan kemahiran yang bersesuaian untuk peserta.
Bimbingan & Pemantauan: Memberi tunjuk ajar serta memantau perkembangan peserta secara berterusan.
Bantuan Modal: Menyediakan peruntukan kewangan untuk memulakan atau mengembangkan sumber pendapatan.
Syarat Utama
Kesihatan
◦ Sihat tubuh badan dan mental
Umur
◦ Umur 18 tahun hingga 45 tahun
Pendapatan
◦ Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata isi rumah atau memenuhi syarat kelayakan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang masih berkuat kuasa
Cara Mohon
1
Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2
Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak
Dikemaskini pada 29 September 2026.
Kategori Peserta
◦ Penerima Bantuan Bulanan:
Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Skim Elaun Pekerja OKU (EPOKU); dan
Skim Bantuan Am (BA).
◦ Ahli Isi Rumah (AIR) Penerima Bantuan:
Suami / isteri
Anak; dan
Ahli isi rumah lain.
Keupayaan
◦ Mampu bekerja, bermotivasi tinggi dan berpotensi untuk dibangunkan ke arah kehidupan berdikari (keutamaan kepada penerima bantuan atau AIR yang telah memulakan perniagaan atau berminat dalam pemasaran digital).