Permohonan DibukaJabatan Kebajikan MasyarakatOrang Kurang Upaya
Program Pemulihan Komuniti (PDK)
PDK ialah program pemulihan bagi OKU untuk pemulihan, latihan, pendidikan serta integrasi sosial dalam komuniti setempat
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau Community Based Rehabilitation (CBR) ialah inisiatif pembangunan komuniti yang membantu Orang Kurang Upaya (OKU) menjalani pemulihan bersama keluarga dan masyarakat setempat, tanpa diasingkan seperti di institusi kebajikan.
PDK menggunakan 3 model utama: Home Based, Centre Based, dan Centre Home Based.
Antara aktiviti yang dijalankan merangkumi:
Latihan motor kasar dan halus.
Kemahiran pengurusan diri, bahasa, dan sosial.
Kelas pra-akademik (membaca, menulis, mengira).
Latihan vokasional, terapi muzik, serta sukan dan rekreasi.
PDK sebagai Pusat Sehenti (One Stop Centre
Pusat Intervensi Awal OKU
Pusat Sumber & Rujukan Maklumat OKU
Pusat Pendaftaran OKU
Pusat Advokasi Masyarakat
Program ini digerakkan melalui kerjasama erat antara OKU, keluarga, masyarakat, agensi kerajaan, swasta, dan NGO menggunakan sumber tempatan sedia ada.
Syarat Utama
Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan melalui Pertubuhan Kebajikan Sukarela (PSK) yang mengendalikan PDK berhampiran tempat kediaman.
Pemohon diminta melengkapkan dan menghantar borang serta dokumen yang berkaitan kepada PSK berkenaan.
Cara Mohon
1
Sila rujuk senarai PDK yang berdaftar bagi tujuan permohonan