Permohonan DibukaJabatan Kebajikan MasyarakatWarga Emas
Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
PAWE ialah pusat aktiviti dan sokongan sosial untuk warga emas bagi meningkatkan kualiti hidup melalui interaksi, aktiviti, dan pembangunan kemahiran.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
PAWE (Pusat Aktiviti Warga Emas) ialah program sokongan sosial dan pembangunan warga emas yang dijalankan melalui kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), agensi kerajaan, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sasaran Program
Membantu warga emas menyerlahkan potensi diri.
Menggalakkan mereka terus menyumbang tenaga, bakti, dan kepakaran kepada masyarakat setempat.
Kumpulan Sasaran
Secara Langsung: Warga emas yang sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
Secara Tidak Langsung: Masyarakat setempat termasuk kanak-kanak, remaja, wanita, Orang Kurang Upaya (OKU), institusi keluarga, dan golongan rentan.
Operasi PAWE berasaskan tiga elemen penting:
Komuniti Setempat: Berpusat dan berkhidmat untuk masyarakat setempat.
Intergenerasi: Menghubungkan pelbagai lapisan generasi umur.
Interaktif: Aktiviti yang menggalakkan penglibatan aktif semua pihak.
Syarat Utama
Warganegara Malaysia
Warga Emas berumur 60 tahun dan ke atas dan boleh menguruskan diri
Cara Mohon
1
i. Warga emas yang berminat untuk menjadi ahli PAWE perlu mengisi borang pendaftaran di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) berhampiran tempat tinggal mereka
2
ii. Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian melalui Portal e-Warga Emas
3
iii. Sila rujuk Portal e-Warga Emas bagi senarai Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) mengikut negeri.
4
Nota : Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas