Permohonan DibukaJabatan Kebajikan MasyarakatKewangan dan Sara Hidup
Bantuan Anak Pelihara (BAP)
BAP ialah bantuan kewangan kepada keluarga pelihara bagi memastikan anak yatim atau tiada penjaga terus tinggal dalam masyarakat.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sokongan kewangan kerajaan yang diberikan kepada keluarga yang mengambil anak pelihara.
Matlamat utama bantuan ini adalah untuk:
Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim, atau tiada saudara-mara agar terus mendapat tempat tinggal bersama keluarga pelihara.
Meringankan beban perbelanjaan harian keluarga pelihara.
Menggalakkan lebih ramai masyarakat untuk murni hati mengambil anak pelihara.
Kadar bayaran ditetapkan mengikut bilangan kanak-kanak dalam sebuah keluarga pelihara:
Minimum RM250 sebulan untuk setiap orang kanak-kanak.
Maksimum RM500 sebulan bagi sesebuah keluarga yang memelihara dua (2) orang anak pelihara atau lebih.
Syarat Utama
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak
Cara Mohon
1
i. Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2
ii. Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak