Permohonan DibukaJabatan Kebajikan MasyarakatKewangan dan Sara Hidup
Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) bagi keluarga kurang berkemampuan bertujuan menampung keperluan asas kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ialah bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan menanggung keperluan asas anak-anak.
Kadar bantuan ialah RM250 sebulan bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dan RM200 sebulan bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun, tertakluk kepada syarat kelayakan JKM. Had maksimum bantuan ialah RM1,000 bagi setiap keluarga sebulan.
KADAR BAYARAN BANTUAN KANAK-KANAK (RM)
RM250 seorang - 6 tahun dah ke bawah
RM200 seorang - 7 tahun hingga di bawah 18 tahun
Syarat Utama
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa
Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan
Cara Mohon
1
i. Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2
ii. Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak
Dikemaskini pada 11 Oktober 2026.
Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK
Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK
Nota:
Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran.
Perubahan kadar BKK akan berlaku semasa proses kaji semula.