Permohonan DibukaJabatan Kebajikan MasyarakatKewangan dan Sara Hidup
Bantuan Am (BA) Persekutuan
Bantuan Am ialah bantuan tunai bagi individu atau keluarga kurang berkemampuan untuk teruskan kelangsungan hidup
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Bantuan Am (BA) Persekutuan adalah bantuan kewangan yang disasarkan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan. Matlamat utamanya adalah untuk membantu anda meneruskan kelangsungan hidup dan mencapai kesejahteraan dalam komuniti.
Kadar Bayaran Bantuan Am
Minimum: RM150 sebulan untuk seorang individu.
Maksimum: RM500 sebulan untuk sebuah keluarga.
Nota Penting:
Setiap negeri di Malaysia mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Ini bermakna syarat kelayakan, kadar bantuan, dan had maksimum adalah tidak sama dan berbeza mengikut negeri anda.
Syarat Utama
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
Cara Mohon
1
i. Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2
ii. Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak