Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaJabatan Kebajikan MasyarakatOrang Kurang Upaya
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT)
Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik bagi penjaga pesakit terlantar atau kronik untuk meringankan beban kos penjagaan harian berterusan
Jumlah/NilaiRM500 sebulan
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik (BPT) ialah bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu meringankan beban penjaga OKU terlantar dan pesakit kronik yang memerlukan penjagaan berterusan. Kadar bantuan ialah RM500 sebulan, tertakluk kepada syarat kelayakan dan penilaian JKM. Bantuan ini bertujuan menyokong keperluan penjagaan serta kebajikan penerima dan keluarga.
Ringkasan Belanjawan 2027 menyatakan kadar bantuan meningkat daripada RM500 kepada RM600 sebulan. Syarat permohonan dan pelaksanaan hendaklah dirujuk kepada panduan rasmi JKM.
Syarat Utama
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar; atau
Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan] layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau
Sekiranya OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan
Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.
Nota: Seorang penjaga boleh menjaga lebih dari seorang OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar. Kadar bantuan adalah bergantung kepada bilangan OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar yang dijaga oleh seorang penjaga.
Cara Mohon
1
i. Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2
ii. Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak