Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) — Portal Manfaat
Permohonan DibukaJabatan Kebajikan MasyarakatKewangan dan Sara Hidup
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
EPOKU ialah bantuan tunai kepada OKU bagi menggalakkan mereka terus bekerja, berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
StatusPermohonan Dibuka
AgensiJabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk SiapaIndividu dan Keluarga
Pengenalan
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ialah bantuan kewangan bulanan daripada kerajaan. Ia diberikan sebagai dorongan kepada pekerja OKU supaya terus kekal berdikari, produktif, dan bermotivasi untuk bekerja.
Kadar Bantuan:
Setiap penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM450 sebulan.
Syarat Utama
Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia
Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan
Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM
Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700.00 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain sumber).
Cara Mohon
1
i. Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila rujuk laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2
ii. Pengendalian permohonan bantuan kewangan juga boleh dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon. Urusan ini selaras dengan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukannya hak